Apa maksud akaun DA & MA? Kenapa perlu ada 2 akaun?
DA ni akaun dengan kadar diskaun (untuk sms & call), manakala MA ialah akaun dengan kadar biasa. Walaubagaimanapun, kadar termurah utk 10 nombor famili & rakan adalah sama, tanpa mengira akaun DA ataupun MA.
Pembahagian kredit akan berlaku secara automatik, bergantung pada jumlah topup. Contoh awak topup RM30. RM20 masuk akaun DA, RM10 masuk akaun MA
Kredit untuk sms & call akan digunakan pada akaun DA, bila DA dah habis, baru guna akaun MA. Kalau topup RM50, semua masuk akaun DA
Untuk data, kredit akan ditolak pada akaun MA. Walaubagaimanapun, kalau MA tak cukup, kredit yang tak cukup tu akan ditolak dari akaun DA secara automatik.
Pembahagian akaun DA dan MA ni perlu untuk memberikan pengguna lebih penjimatan dengan kadar diskaun (DA). Telco lain hanya ada satu akaun sahaja iaitu akaun dengan kadar biasa.
================
Kenapa data ONEXOX tak unlimited?
Setakat ni, belum ada syarikat telco yang menawarkan plan data berkelajuan tinggi yang unlimited. Bukan hanya di Malaysia, malah seluruh dunia. Ia disebabkan oleh kos menyelenggara menara pemancar adalah lebih tinggi berbanding kos menyelenggara kabel-kabel telekomunikasi. Sebab tu kita hanya boleh dapat plan data berkelajuan tinggi yang unlimited dengan Streamyx dan Unifi.
Yg biasa ada offer unlimited tu sebenarnya die control speed. Speed maksimum dihadkan 384kbs-1.5mbps dan kadang2 kuota belum habis pun dia control untuk jadi lebih perlahan (terutama apabila bandwith data mereka menghampiri maksimum). Tu sebab kejap laju, kejap perlahan.
Onexox menggunakan pendekatan yang berbeza dimana pengguna diberi kebebasan untuk mengawal penggunaan data mereka sendiri. Speed data tidak akan dikawal (selaju hingga 60mbps) dan pastinya lebih puas untuk melayari internet, bermain game online dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment